23hb February 2008 adalah hari bersejarah bagi KBes (Komuniti Bestari) Setiabudi, Pekula . Lanjutan dari mesyuarat penajaannya tempuhari seperti diceritakan didalam blog ini sebelum ini, persiapan padang, khemah dan kelengkapan berja;lan lancar 1 hari sebelum hari Mesra rakyat ini bermula
8pagi bermula senamrobik untuk jantung. Kali pertama senamrobik diadakan di padang Setiabudi, sambutan amat menggalakan termasuk kanak2 dan remaja.Warga mas pun tak kurangnya.
Apasal tengok bumi tu..?
tengok tu..kanak2 ni pun ingin turut serta..
Goyang, jangan tak goyang...
tengok kakak ni...dukung anak pun boleh senam juga..
Makcik2 buat betul2..tiru macam saya ni..
tengok adik ni...khushuk dengar arahan....
pakcik2 hebat juga...
tarian apa ni pak... ? Joget atau inang ke?.........KLIK PHOTO Lagi.
Jamuan minuman pagi disediakan.
PAMERAN-PAMERAN
Pameran oleh agensi kerajaan disediakan juga mendapat sambutan baik. Pihak swasta juga turut mengambil bahagian . Produk seperti "Energy Saver","Fuel Saving additive," Personal Loan dan Fertigation System untuk pertanian dipamerkan
Nak join program Rakan Muda?
Pameran kesedaran program najis dadah...jauhi Dadah
Daftar untuk subsidi mamogram scanning...elak /cegah kanser Payudara
Geruuuun..bahana najis dadah tu..pakcik dan kanak2 tu serius ambil tahu..
Pameran dan jualan Nanas..Mari2..nenas manis ni..
Nak rasa nenas manis ni tunggu sat.....
Anak2 pokok Cili sihat melalui sistem fertigasi yang dipamerkan..gerenti sihat
MAI RAMAI -RAMAI CHEK KESIHATAN ..PERCUMA U..
Pereksa Tekanan Darah dan Gula anda disini..
Buat Pap Smear anda disini..perempuan saja...
SUKAN RAKYAT
Peraduan Mewarna Kanak Tadeka
Mana kertas warna kami...?
saya mesti dapat no 1....
mana meja..nak warna susah le macam ni...?
mak2 jauh sikit..tak boleh tolong anak2 tu...
Peraduan Solek Anak
Sikit saja lagi nak..duduk diam2..nanti comot pulak..
Ngantok le mak.....
Peserta yang sudah disolek oleh ibu mereka...
Johan Solek Kanak2.....Tahniah dan hadiah dari DO Kuala Muda
SUKAN-NEKA
- Masuk air dalam botol
Kanak bersedia ..sukan masuk air dalam botol
macam mana ni..ramai sangat..tak cukup air le..
perah span tu cepat sikit..baru boleh menang
apa nak kalut nu....tak menang pun dapat hadiah ada juga..
- Baling Belon Isi Air
- Ubah Tuala
Peserta tunjuk kreativiti mereka...
Gubahan No1..
Gubahan NO 2..
Gubahan No 3..
Makanan tengahari disediakan.....
Lauk pauk menyelerakan..masakan ala kampung katakan..
jamuan berselerak..kena angin petang lagi..
HIBURAN KONTEMPORARI..NASYID
Kumpulan Nasyid FIRDAUS dari UUM menyampaikan lagu2 mereka
Kumpulan Nasyid Al-Amin dari Alor Star..sedap juga lagu2 mereka
KLIK video untuk dengar lagu mereka...
UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH2
Ucapan aluan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kuala Muda Hj Idris Hj Ahmad, juga menerangkan fungsi Komuniti Bestari dan menggesa semua masyarakat dalam Mukim Pekula mengambil bahagian secara aktif untuk manafaat mereka dan komuniti.
Dato' Pengawai Daerah Kuala Muda, Dato' Ghazali juga berkesempatan hadhir sebelah petang merasmikan Hari Mesra rakyat ini juga menyampaikan hadiah pada para pemenang.
Dato' DO juga sempat mengambil bahagian dalam sukan VIP, baling botol guna buah kelapa.
Dato' Pengawai Daerah Kuala Muda (DO) menyampai ucapan
Sukan VIP..Dato' DO nak cuba nasib baling botol guna buah kelapa
Steady...Go...gelong punya bola...
dalam ucapan Dato' DO, beliau berjanji untuk cari peruntukan naik taraf Dewan Persatuan Setiabudi sepertimana yang dipohon oleh Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Setiabudi sebelum ini.
PENYAMPAIAN HADIAH-HADIAH
tahniah..awas berat ni..
bagi hadiah ke..terima hadiah...
Aduh pak.. nasib baik sekali dapat hadiah bertuah..
Program Mesra Rakyat telah berjalan dengan lancar dan ucapan ribuan terima kasih pada semua pihak yang terlibat termasuki polis balai Tikam Batu kerana menghantar pegawainya mengawasi keadan .
Akhir sekali terima kasih pada mereka yang menyudahkan program ini:
Ini selalu yang tertinggal.....tak reti ke guna tomg sampah yang disediakan..
Mujurlah adayang sanggup "stay-back" buat semua ini...
Ada juga yang melucukan ......
Ambil saja dik... orang tak mahu dah belon-belon tu...
Berakhir jam 4.30ptg
No comments:
Post a Comment