February 22, 2009

SATU LAGI UNIVERSITI DI SUNGAI PETANI, KEDAH



Jan 2009 , Bandar Sungai Petani ,Kedah
Kampus Kolej Universiti Insaniah telah membuka kampus barunya di No 2. Persiaran Cempaka , Bandar Amanjaya bersebelahan dengan Hospital Pantai Utara.
Kolej Universiti Insaniah akan menjadikan bandar Sungai Petani sebuah bandar internasional dengan membawa pelajar2 dari luar negara belajar disini disamping pelajar tempatan. Universiti Insaniah yang sudah pun terkenal dengan kursus -kursus berkonsepkan pendidikan Islam maju setapak lagi dengan menawarkan kursus-kursus professional lain yang digabungkan dengan pendidikan Islam .
Kursus-kursus professional yang ditawarkan dan menjadi rebutan pelajar-pelajar antarabangsa dan tempatan adalah seperti Diploma in Islamic Creative Multimedia, Degree in Islamic Creative Multimedia, Degree in Electronics Engineering, Degree in Telecommunication Engineering, Degree in Computer Engineering dan beberapa kursus lain lagi.
Untuk maklumat lanjut anda dinasihatkan untuk melayari: http://www.kuin.edu.my/



February 09, 2009

Minumlah Air Suam/Panas Selepas Makan

Serangan Jantung dan Minum Air Suam   



Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung  ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum   semasa makan . 

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan.
   Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh   enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.  


Petanda Lazim Serangan Jantung
  

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.  

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

BAHAYA MICROWAVE OVEN???.


Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak
menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan.
Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah
syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan
prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. .

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan
individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan
gelombang mikro.. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu
ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan
gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah
jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita
memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di
bawah ini:

1. Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan
kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan
elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang
dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan
mengambil makanan gelombang mikro.

Kesan makanan gelombang mikro
4 . sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.
Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap
kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang
menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan
usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser
meningkat di dalam darah manusia.
9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya
sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan,
kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.