February 22, 2009

SATU LAGI UNIVERSITI DI SUNGAI PETANI, KEDAH



Jan 2009 , Bandar Sungai Petani ,Kedah
Kampus Kolej Universiti Insaniah telah membuka kampus barunya di No 2. Persiaran Cempaka , Bandar Amanjaya bersebelahan dengan Hospital Pantai Utara.
Kolej Universiti Insaniah akan menjadikan bandar Sungai Petani sebuah bandar internasional dengan membawa pelajar2 dari luar negara belajar disini disamping pelajar tempatan. Universiti Insaniah yang sudah pun terkenal dengan kursus -kursus berkonsepkan pendidikan Islam maju setapak lagi dengan menawarkan kursus-kursus professional lain yang digabungkan dengan pendidikan Islam .
Kursus-kursus professional yang ditawarkan dan menjadi rebutan pelajar-pelajar antarabangsa dan tempatan adalah seperti Diploma in Islamic Creative Multimedia, Degree in Islamic Creative Multimedia, Degree in Electronics Engineering, Degree in Telecommunication Engineering, Degree in Computer Engineering dan beberapa kursus lain lagi.
Untuk maklumat lanjut anda dinasihatkan untuk melayari: http://www.kuin.edu.my/



No comments: