February 09, 2009

BAHAYA MICROWAVE OVEN???.


Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak
menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan.
Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah
syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan
prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. .

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan
individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan
gelombang mikro.. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu
ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan
gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah
jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita
memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di
bawah ini:

1. Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan
kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan
elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang
dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan
mengambil makanan gelombang mikro.

Kesan makanan gelombang mikro
4 . sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah.
Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap
kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang
menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan
usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser
meningkat di dalam darah manusia.
9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya
sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan,
kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

No comments: